:: SANG SEMUT ::

Adapun sebuah kisah dari zaman silam. Kisah perjalanan kehidupan hidupan alam yang menghuni alam semesta. Bisa berkata-kata bahkan berimagInasi seluas impian. Dongengan alam berkisar peri ikatan persahabatan, cintan cintun yang beraneka rasa. Semestinya secukup rasa.
Angin petang berhembus gemalai. Mengugurkan dedaunan kering yang besar maha besar. Adapun sang semut hanya sekecil pandangan. Tidak bisa di beda pada kanta pembesar kerna dipandangan manusia, mereka masih keliatan.
Alkisah itu begini...
Menitip rasa satu demi satu di pautan hati yang penuh rahsia. Kawanan semut itu bukan berjumlah beribu namun hanya 5 ekor. Hanya 5, angka ganjil yang membawa kepada sejuta kisah. Tidak dilangsungkan secara muhibbah tetapi atas dasar keseronokan menikmati alam semesta.
Dan ikatan silaturahim itu berlangsung dengan baik, dengan indah, dengan senyum, dengan tawa, dengan pengertian, dengan budi serta tangis kehilangan. Diajuk dalam bahasa semi purba ~ kegemilangan tamadun semut. ~~,
Di suatu petang yang damai, kawanan itu bermesyuarah ala-ala ahli bijaksana. Mengatur rencana. Merisik kompas dunia. Mereka duduk bersama-sama. Adapun mereka semua laki-laki juga para perempuan. Rancangan bijak selesai di atur. Dengan masa juga hari. Segalanya sempurna. Di minda mereka kegembiraan mula berbunga-bunga. Hari demi hari berlalu dihitung satu per satu. Kawanan itu mempersiapkan diri untuk merantau ke satu destinasi baru. Rencana itu dijalankan bersama-sama. Dengan gelak ketawa. Dengan renda-renda bahagia. Semuanya indah. Segala penat lelah merantau telah dikunyah lumat. Lalu terhadam dengan sejuta pengalaman.
Begitulah kawanan semut itu melalui kehidupan mereka. Telah pelbagai rencana di atur dengan jayanya. Dek kerana itu, pertalian persahabatan mereka kian akrab.
Masa berlalu dengan pantas. Kawanan semut yang adapun hanya 5 ekor itu telah merantau ke pelusuk benua. Kehutan.... ke gunung.... ke bangunan konkrit.... ke semua tempat dengan membawa jiwa yang seindah suria. Dengan pengangkutan utama iaitu kereta labu yang sungguh molek bentuknya. Berbekalkan magis dari debunga hutan.
Terkadang, kawanan semut itu berlagu riang ria di bawah bulan purnama. Kasihan sang bulan, terpaksa pekakkan telinga. Oh semut, mengapa sumbang benar suaramu...... irama dan melodi bersepah. Rungut sang bulan. Seperti manusia kemabukan kepayang mereka terus bernyanyi tanpa menghiraukan sesiapa. Bergelek sana, bergelek sini... aduhai... racun apakah yang merasuk kalian?
Nah... begitulah kehidupan mereka sekeluarga. Pabila keletihan mereka tertidur tanpa mengenal erti masa. Musim yang berganti, siang berganti malam....
Tersebutlah kisah... yang terpatri antara aura satu ke aura dua. Alam menuntut janji. Mereka akur. Itu sudah dituntut oleh masa dan waktu. Mereka dituntut menunai janji pada alam.
Khabarnya Sang semut hitam bertangisan. Kepiluan beraja di hati. Air mata menitis sebanyak kolam sang puteri bunian. Sang semut hitam pergi merantau jauh, hajat di hati menimba ilmu pengangkutan. Bisakah teknologi mengantung peri pembangunan keluarga semut? Soalan itu terbiar sepi. Sang semut merah, kecil lagi berbisa meneruskan kehidupan sebagai penyanyi rap jalanan. Jauh membawa diri ke reban ayam. Sang semut merah yang merah lagi besar, diam bertafakur mencari nafkah dunia. Sang semut yang kecil tidak berbisa, meneruskan kehidupan menuntut ilmu akhirat dengan lebih dalam. Ingin menemui Pencipta yang Agung. Dan sang semut yang seekor, pergi membawa harapan pada janji hidup yang lebih fana. Mengejar kilauan permata dunia serta akhirat.
Demi masa, mereka begitu dan terus begitu. Kasihan. Namun masa yang melewati mengajar mereka akan erti hidup yang lebih bermakna. Tanpa selut lumpur, sang semut pasti kidal dalam mencatur aroma hidup.
Sekian........................................